___________________nazir77.blogspot.com_________________
Tajuk :ISIPADU CECAIR |
|
Kemahiran : | Mengukur dan Membandingkan Isi padu Cecair. |
Aktiviti 1 : | Pengukuran. a) Pengukuran menggunakan unit-unit bukan piawai. b) Pengukuran menggunakan unit piawai. |
Aktiviti 2 : | Pengukuhan. a) Aktiviti pengayaan – Untuk murid berpencapaian tinggi. b) Aktiviti pemulihan – Untuk murid berpencapaian rendah. |
Kemahiran : | Mengukur dan Membandingkan Isi padu Cecair |
Aktiviti 1 : | Pengukuran bukan piawai dan pengukuran piawai. |
(a) Pengukuran menggunakan unit-unit bukan piawai. |
|
Hasil Pembelajaran : | Di Akhir pembelajaran, murid boleh menganggarkan kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai. |
Bahan Bantu Mengajar : | Pelbagai bekas kecil yang berlainan bentuk dan saiz, baldi besar. |
Langkah-langkah : |
|
1. Set Induksi - Dengan menggunakan bahan maujud iaitu bekas-bekas yang diperlukan untuk mengisi air, guru bersoal jawab dengan murid berkaitan bekas-bekas berkenaan dan mengapa bekas berkenaan berbeza bentuk. | |
2. Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerja secara koperatif. 3. Lantik seorang murid sebagai perekod/pencatat di dalam setiap kumpulan. 4. Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan sebuah baldi besar yang sama saiz kepada setiap kumpulan. 5. Minta murid menganggarkan jumlah air yang diperlukan iaitu berdasarkan bilangan sukatan cawan untuk mengisi baldi besar tersebut dan rekodkan. 6. Minta murid mengisi air ke dalam baldi dengan menggunakan cawan(kira bilangan). 7. Ulang dengan bekas-bekas yang lain. 8. Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual berikut : 9. Minta murid menulis penemuan mereka di dalam penyataan di bawah : _____ mangkuk air memenuhi baldi besar tersebut. _____ gelas air memenuhi baldi besar tersebut. _____ cawan air memenuhi baldi besar tersebut. 10. Minta murid membincangkan tentang ketiga-tiga bekas tersebut (mangkuk, gelas dan cawan) yang mana mempunyai kapasiti paling besar. 11. Arahkan murid supaya menyusun kapasiti ketiga-tiga bekas itu mengikut turutan menaik. |
|
(b) Dengan Unit piawai. |
|
Hasil Pembelajaran : | Pada akhir pembelajaran murid boleh mengukur isi padu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul. |
Bahan Bantu Mengajar : | Baldi yang berbeza saiz, silinder penyukat 1 liter ( l ). Air berwarna. |
Langkah-langkah : |
|
1. Set induksi - murid diperkenalkan alat penyukat isi padu cecair menggunakan unit pawai iaitu silinder 1 liter ( l ). | |
2. Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerja secara koperatif. 3. Lantik seorang murid sebagai perekod/pencatat di dalam setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan diberi 1 baldi plastik dengan saiz yang berlainan. Mereka disuruh menganggar isi padu baldi tersebut. 5. Kemudian, murid dalam setiap kumpulan akan bekerjasama mengisi air dalam baldi itu dengan menggunakan silinder bersengat 1 liter ( l ) dan mencari berapa liter yang boleh dimuatkan dalam baldi plastik yang dibekalkan untuk setiap kumpulan. 6. Pencatat akan merekodkan keputusan. 7. Sambil itu guru memperkenalkan unit ukuran isi padu cecair, liter ( l ). |
|
Kemahiran : | Membuat Perbandingan Isi padu Cecair Dengan Unit Piawai. |
Aktiviti 2 : | Pengukuhan. |
Hasil Pembelajaran : | Pada akhir pembelajaran murid boleh membandingkan isi padu cecair dengan menggunakan Unit Piawai. |
Bahan Bantu Mengajar : | 1. Kumpulan Berpencapaian Tinggi :- Baldi, air, warna air, lembaran kerja. 2. Kumpulan Berpencapaian Rendah :- kad gambar, pensel warna. |
Langkah-langkah : |
|
AKTIVITI PENGAYAAN ( Untuk Murid Berpencapaian Tinggi) Aktiviti: Menyukat air dan menjawab lembaran kerja. |
|
1. Murid kumpulan pencapaian tinggi dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan baldi dan warna air yang berbeza iaitu Kumpulan A warna merah, Kumpulan B warna biru, Kumpulan C warna kuning dan Kumpulan D warna hijau. 3. Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan bekerjasama menyukat air menggunakan silinder penyukat 1 (l). iaitu Kumpulan A sebanyak 6 liter air, Kumpulan B sebanyak 5 liter air, Kumpulan C sebanyak 4 liter air dan Kumpulan D sebanyak 2 liter air dan masukkan ke dalam baldi yang telah disediakan. 4. Murid akan membancuh warna air mengikut warna yang telah dibekalkan kepada setiap kumpulan. 5. Guru akan mempamerkan baldi yang mengandungi air setiap kumpulan itu di hadapan kelas dan juga menampal kad yang menunjukkan kuantiti air tersebut pada setiap baldi mengikut sukatan yang ditugaskan kepada setiap kumpulan. 6. Guru akan menyedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan. 7. Kandungan lembaran kerja tersebut ialah soalan yang pelbagai . Contohnya : Kuantiti air yang paling banyak? , jumlah kuantiti air biru + air merah? Air merah – air hijau? 8. Tukarkan jawapan dengan kumpulan lain untuk membuat semakan jawapan. 9. Kumpulan yang paling banyak betul menjawab soalan diisytiharkan pemenang. |
|
AKTIVITI PEMULIHAN (Untuk Murid Berpencapaian Rendah) Aktiviti: Mewarnakan gambar mengikut arahan.kerja. |
|
1. | Aktiviti dijalankan secara individu. |
2. | Setiap murid dibekalkan 5 keping kad gambar yang berbeza . |
3. | Murid dikehendaki mewarnakan gambar iaitu (warna merah) bagi kuantiti yang isi padu cecair yang sedikit mengikut unit piawai dalam gambar dan (warna biru) bagi kuantiti isi padu cecair yang banyak berdasarkan unit piawai dalam kad gambar tersebut. |
4. | Selepas itu menuliskan bacaan yang diperoleh pada ruang yang disediakan di bawah kad gambar tersebut. |
5. | Untuk membuat semakan, murid akan menukar jawapan mereka dengan rakan yang lain dan guru akan memberi panduan untuk membuat semakan. Guru akan menjelaskan butir-butir mengajar yang betul kepada murid. |
6. | Guru akan memberi peneguhan positif kepada murid yang dapat menjawab dengan betul dan mempamerkan hasil kerja yang kemas. Contohnya tepuk tangan, kata-kata pujian, mempamerkan hasil kerja kepada semua murid lain dan juga menampal hasil kerja di sudut matematik kelas. |
7. | Aktiviti ini menarik minat murid kerana murid dapat membuat aktiviti dengan mewarnakan gambar dan bukan sahaja setakat menulis bacaan yang diperoleh. |
**********SELAMAT BELAJAR SEMOGA BERJAYA********** |